Berita Hari Ini

Sultan Johor Tidak Berminat Untuk Berdebat Dengan Tun M

KUALA LUMPUR: Sultan Johor bertitah baginda tidak berminat untuk tampil berdebat atau terlibat dalam sebarang polemik dengan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya telah katakan apa yang perlu dikatakan. Cukup cukuplah. Saya buat kenyataan berdasarkan fakta dan perangkaan, dan bukannya berdasarkan laporan berita Barat.

“Saya tidak akan buat andaian atau mencetuskan kebimbangan, itu sahaja,” titah baginda memetik sumber Mstar.

Sultan Johor bertitah, baginda hanya berminat dalam soal kebajikan rakyat dan bukannya berkaitan dengan politik.

Terdahulu, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah ketika diminta mengulas mengenai reaksi Dr Mahathir berhubung kenyataan bekas perdana menteri berkenaan terhadap pembangunan Forest City di negeri itu.

Dr Mahathir dalam beberapa kenyataan dan komen di blog, mendakwa lebih 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Forest City, dan mereka akan diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu pada Isnin lalu, Sultan Ibrahim dalam temuramah eksklusif bersama The Star mendakwa tindakan Dr Mahathir itu akan mewujudkan rasa takut apabila beliau menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi keperluan politiknya.

Sultan Johor bertitah, baginda amat tersinggung dan terluka dengan kenyataan politik yang diputar belit oleh ahli politik tertentu terhadap pelaburan China di negeri itu.

Dr Mahathir dalam suratnya kepada The Star bagi memberi maklum balas sebagaimana yang dikeluarkan pada Selasa bahawa beliau memetik laporan Bloomberg mengenai butiran membabitkan Forest City, yang mana katanya ia masih belum dicabar atau dinafikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");