Perak Hari Ini

TBG Lancar Jersi Rasmi 2017

IPOH : Skuad The Bos Gaurus (TBG) hari ini memperkenalkan jersi ‘home’ dan ‘away’ secara rasminya di Stadium Perak.

Jersi yang ditaja oleh Al Ikhsan itu menampilkan jersi kuning hitam bagi ‘home’ dan putih hitam bagi perlawanan ‘away’.

Majlis pelancaran jersi skuad itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Timbalan Presiden PAFA, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pengurus pasukan, Datuk Jamal Mohd Aris.

Pada majlis sama, skuad TBG turut memperkenalkan pemain-pemain baharunya iaitu Khairul Amri Salehuddin, K Sathiya, Mohamad Idris Ahmad dan Mohd Shahrom Abdul Kalam.

Turut membarisi TBG, Amirul Azhan Aznan, Jasazrin Jamaludin, Wan Mohd Syukri Wan Ahmad, Mohd Hafiz Kamal, Mohd Nazrin Mohd Nawi, Mohd Nizar Ayob dan Muhammad Zaquan Adha Abdul Radzak.

Dua pemain import Perak yang baharu pula ialah Yashir Armando Pinto Islame dan Vladislav Mitkov Mirchev.

Zambry dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri akan meneruskan usaha-usaha bagi memastikan skuad TBG bersaing di dalam liga.

“Komitmen kerajaan negeri adalah untuk memastikan penyokong-penyokong TBG yang bukan hanya berada di Perak, tetapi di seluruh negara untuk memberi sokongan yang kuat kepada pasukan kita.

“Kita ingin melihat Perak menjadi pasukan yang cemerlang. Pada tahun ini, kita akan memberi keyakinan dan semangat besar untuk kita berada di padang Stadium Bukit Jalil.

“Saya yakin ia bukan perkara yang mustahil. Kita boleh lakukannya. Semangat juang yang kuat perlu diteruskan,”katanya.

Pada masa sama, Zambry turut memberi pesanan kepada pemain skuad TBG dan penyokong demi menjaga nama baik pasukan.

“Saya mohon kepada semua, pastikan untuk 2017, untuk menjaga disiplin-disiplin kita. Kalau kita cintakan pasukan kita, pastikan tidak ada perkara-perkara yang boleh dikenakan tindakan.

 

“Kedua, kita kena pamerkan daya juang yang tinggi. Saya yakin Perak akan mempamerkan sesuaru yang lain dan luar biasa.

 

“Akhir sekali, saya juga ingin mengingatkan kepada semua pihak agar pihak pengurusan mempunyai semangat kesatuan. Saya tidak mahu lihat ada masalah politik dalaman,”tegas Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");