Sukan Hari Ini

Tiada Acara Khas Buat Faiz

KUALA LUMPUR: Pengurus Bola Sepak Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata tiada acara khas atau siri jelajah untuk meraikan kejayaan pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri selepas memenangi Anugerah Puskas FIFA 2017 di Zurich, Switzerland baru-baru ini.

Ujarnya, persiapan pasukan perlu diutamakan dan kelancaran boleh terjejas sekiranya Faiz tiada ketika latihan.

“Saingan Liga Super sudah hampir dan tumpuan harus diberikan untuk kebangkitan Pulau Pinang,” katanya memetik sumber Harian Metro.

Terdahulu, kerajaan negeri sudah menyumbang RM10,000 selepas Faiz tersenarai dalam pencalonan awal Anugerah Puskas FIFA 2016.

Guan Eng berkata, kejayaan dicapai anak kelahiran Air Itam, Kedah itu cukup membanggakan kerana bukan saja mengharumkan nama Pulau Pinang, tetapi juga Malaysia.

“Biarpun kemenangan itu dipertikaikan segelintir pihak, rakyat Malaysia seharusnya menikmati keistimewaan Faiz yang mengharumkan nama negara.

“Gol jaringannya mendapat pengiktirafan dunia malah Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi tidak mampu menandingi jaringan Faiz.

“Justeru, kita harap akan ada gol lagi seperti itu tahun ini untuk Faiz terus melakar kejayaan membanggakan,” katanya.

Sementara itu bagi Faiz pula, tumpuan kini diberikan kepada pasukan untuk saingan liga dan berharap dapat memberikan aksi terbaik pada setiap perlawanan.

“Tiada sasaran gol atau jumlah jaringan, melainkan meletakkan matlamat untuk menang setiap perlawanan,” katanya.

foto/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");