Berita Hari Ini

TN50: Belia digesa salur pendapat

SEREMBAN – Belia digesa mengambil peluang daripada dialog mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk menyalurkan pendapat dan harapan mereka untuk Malaysia.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Umno Datuk Razali Ibrahim berkata banyak perkara yang kerajaan laksanakan hari ini selepas mengambil kira pandangan rakyat.

“Kalau mereka menjerit-jerit di jalan raya, kita tidak dapat dengar apa yang mereka ingin suarakan.

“Jika mereka dapat berkomunikasi mengikut saluran yang betul, ia dapat mendatangkan faedah kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas Program Sembang Santai Bersama Belia, di sini, hari ini.

Sementara itu, Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Umno akan menggunakan pendekatan lebih santai seperti mengadakan pertandingan permainan komputer untuk mendekati golongan belia.

“Melalui pendekatan seperti ini, mereka pun boleh terus bertanya kepada kita tentang Umno, dan tidak hanya mendengar cakap-cakap pihak pembangkang,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");