Jenayah

Tunjuk ‘anu’ kerana marahkan kakak

SEGAMAT: Polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun awal pagi tadi, selepas dipercayai menunjukkan kemaluannya susulan pertengkaran dengan kakaknya di Bukit Siput di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat, berkata mangsa yang juga suri rumah berusia 27 tahun berjalan bersendirian di taman perumahan kawasan itu kira-kira jam 6.45 petang sebelum didatangi adiknya itu.

“Kedua-duanya dikatakan bertengkar sebelum suspek yang tidak berbaju melurutkan seluar pendeknya hingga ke paras lutut dan menampakkan alat sulitnya kepada mangsa.

“Oleh kerana ketakutan, wanita itu terus menghubungi suaminya yang tiba beberapa minit kemudian.

“Suspek yang masih berada di tempat kejadian terus menunjukkan kemaluan kepada abang iparnya yang berusia 33 tahun.

“Malu dengan perbuatan suspek, pasangan suami isteri itu membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini.

Raub berkata, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD di rumahnya di Bukit Siput kira-kira jam 2 pagi semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan kerosakan ke atas kenderaan kakaknya beberapa bulan lalu.

“Ia membuatkan suspek tidak berpuas hati dengan kakak dan abang iparnya,” katanya.

Suspek direman empat hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");