Isu Panas

UMNO, BN Tandus Idea Serang Bersatu- Mukhriz

KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan
Umno dan BN seakan tidak mempunyai idea lain bagi menimbulkan kemarahan rakyat terhadap apabila sering menyerang isu peribadi Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya lagi, selain isu peribadi, Umno juga sering menimbulkan isu perkauman dengan menuduh Bersatu berpakat bersama DAP untuk mengangkat pemimpin kaum Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri setelah berjaya menubuhkan kerajaan baharu kelak.

Malah tambahnya, Umno dan BN sering mengalih tumpuan rakyat perjuangan sebenar Bersatu kononnya ia bersifat peribadi dengan menabur fitnah semata.

“Mereka menuduh kononnya Bersatu ditubuhkan untuk kepentingan peribadi bapa saya (Tun Mahathir). Itu sahaja isu dari dahulu mereka jaja bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kita. Saya nak beritahu, Tun Mahathir dari dahulu lagi melarang saya dan adik beradik lain terjebak dalam dunia politik.

“Beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Jika benar beliau mahu saya menjadi Perdana Menteri, dari dulu lagi beliau buat dah. Tetapi, kenapa setelah 14 tahun pencen, baru beliau bersungguh-sungguh mahu saya jadi Perdana Menteri? Masuk akalkah tuduhan mereka (BN dan Umno)?” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Rakyat juga diminta olehnya agar tidak mudah percaya dan terpedaya dengan isu yang sering dijaja Umno.

“Saya harap rakyat dapat menilai Bersatu dengan baik. Jangan percaya dengan tuduhan dibuat Umno dan BN menerusi media kawalan mereka. Bersatu ditubuhkan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada sekali gus menyelamatkan negara. Pentingnya sebuah kerajaan demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan BN dan Umno ini.

“Jika kita berkuasa kelak, kita akan memastikan amalan demokrasi yang menghormati undang-undang sedia ada dilaksanakan. Kita juga akan memastikan pilihan raya dijalankan dengan bebas tanpa ada unsur penyelewengan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");