Sukan Hari Ini

West Ham beli Fonte untuk perkukuh benteng

WEST Ham melengkapkan pembelian pertahanan Southampton, Jose Fonte dengan yuran perpindahan £8 juta (RM44 juta).

The Hammers mengesahkan bahawa Fonte yang menjuarai Euro 2016 bersama Portugal tahun lalu, telah menandatangani kontrak selama dua setengah tahun di Stadium London.

Fonte berkata, dia tidak sabar memulakan cabaran baru bersama West Ham.

“Saya menyertai West Ham kerana mereka sebuah kelab besar. Mereka memiliki penyokong yang cukup bersemangat.

“Pengurus (Slaven Bilic) turut memainkan peranan besar dalam penyertaan saya di West Ham. Dia sememangnya memerlukan khidmat saya.

“Selain itu, sebahagian besar keluarga saya menetap di London dan mereka juga penyokong West Ham. Memang masuk akal untuk saya berhijrah ke London, terutama di peringkat ini dalam karier saya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");