Laporan Eksklusif

1,800 Tan Bantuan Diturunkan Di Chittagong

CHITTAGONG, BANGLADESH : MV Nautical Aliya yang membawa 182 org sukarelawan dan 1,800 tan barang bantuan untuk etnik Rohingya yang berada di Kem Kem Pelarian telah selamat berlabuh di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh pada jam 11 (waktu tempatan)

Di pelabuhan ini, semua barang bantuan diturunkan dan akan dihantar melalui jalan darat ke Teknaf dan Kutupalong.

Sebanyak tiga kem menjadi lokasi penghantaran bantuan iaitu Kem Leda, Kem Musuni dan Kem Kutupalong.

Di Bangladesh pula pengagihan akan diuruskan oleh International Organisation Of Imigran (IOM) dengan kerjasama Palang Merah Antarabangsa tanpa campurtangan Kerajaan Bangladesh.

Bagaimanapun atas kekangan birokrasi pihak berkuasa Bangladesh yang tidak bertolak ansur, tidak semua sukarelawan dibenarkan turun sebaliknya hanya 25 orang sahaja wakil dibenarkan dan keputusan ini amat mengecewakan rata rata sukarelawan yang menyertai misi ini.

“Keputusan pihak berkuasa Bangladesh ini amat dikesali kerana alasan tidak membenarkan kami ke Kem Pelarian adalah atas faktor keselamatan.

“Kegagalan pihak berkuasa Bangladesh gagal memberi kebenaran kepada kami melawati kem pelarian ini adalah sangat pelik dan seperti ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan pihak luar,”kata wakil Perak Today yang mengikuti misi tersebut.

Ujarnya, pelbagai persepsi boleh timbul dan bermain diminda sukarelawan apabila keputusan yang berdolak dalik dari pihak kerajaan Bangladesh.

“Adalah amat mengecewakan kami apabila Bangladesh seperti bermain tarik tali berkaitan kebenaran kami untuk turun dan seterusnya pergi ke Kem Pelarian Ronghinya ini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");