Jenayah

AADK Tahan 47 Individu Sepanjang Februari

MARANG : Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Marang berjaya menahan 47 individu, 13 daripadanya positif dadah dalam tiga operasi di sekitar daerah termasuk melalui sekatan jalan raya sepanjang Februari ini.

Ketua Pegawai AADK Marang, Wan Zulkafli Wan berkata, pada operasi secara bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Terengganu di Rhu Renggeh pada Rabu lalu menyaksikan 35 pengguna jalan raya disaring dan lima daripadanya positif dadah.

“Bagi operasi mengesan dan menahan penagih dadah sekitar Marang pada 15 Februari pula, seramai enam individu disyaki terlibat dalam aktiviti berkenaan berjaya ditahan namun hanya dua individu ditahan untuk tindakan lanjut.

“Manakala bagi operasi sama di sekitar Marang pada 7 Februari lalu, seramai enam individu berjaya ditahan dan ujian saringan mendapati lima daripadanya positif dadah jenis methamphethamine dan seorang jenis opiat,” katanya, lapor Sinar Harian.

Wan Zulkafli berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi sama secara konsisten di daerah berkenaan selain menganjurkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah bagi menyampaikan ceramah anti dadah di Marang.

“Langkah dan usaha dijalankan itu bagi menunjukkan komitmen dan ketegasan AADK dalam menangani permasalahan dadah berlaku dalam kalangan masyarakat di samping mendedahkan pengetahuan mengenai bahaya dadah.

“Pihak AADK Marang juga percaya, melalui tindakan pihak berkuasa dalam memerangi dadah sahaja tidak mencukupi tetapi pendedahan dan pencegahan itu mestilah bermula dari rumah, sekolah dan persekitaran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");