Laporan Eksklusif

Air Surut, Nautical Aliya Tangguh Pelayaran Ke Bangladesh

MV NAUTICAL ALIYA yang sepatutnya belayar ke Cittagong, Bangladesh selepas menurunkan 500 tan bantuan di Myanmar untuk masyarakat Rohingya semalam terpaksa menangguhkan pelayarannya atas faktor air surut.

Nautical Aliya dijangka akan berlepas ke Bangladesh pada jam 12 tengah hari ini (waktu tempatan) kerana dijangka paras air akan kembali pasang.

Operasi pemunggahan barang misi bantuan di Yangon sudah selesai dan Nautical Aliya sudah sedia untuk kembali ke lautan untuk menuju ke destinasi seterusnya di Bangladesh.

Walau terdapat bantahan dari segelintir rakyat Myanmar yang membuat demonstrasi di hadapan pelabuhan Yangon semasa pemindahan barang, namun tindakan itu tidak berjaya menjejaskan usaha dan misi bantuan Food Flotilla for Myanmar ini.

Segala urusan pemunggahan di Yangon berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang insiden yang tidak diingini.

Jika tiada apa-apa halangan atau masalah, Nautical Aliya dijangka meninggalkan pelabuhan Yangon ini pada jam 12 tengah hari waktu Myanmar.

Nautical Aliya akan meneruskan pelayaran ke Chittagong, Bangladesh, untuk menurunkan lebih 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan kepada pelarian Rohingya di jiran Myanmar itu.

Ia dijangka tiba di Chittagong yang juga pelabuhan komersil terbesar di Bangladesh pada Ahad ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");