Berita Hari Ini

Amaran ribut petir di beberapa negeri

KUALA LUMPUR: Ribut petir diramalkan berlaku di beberapa kawasan seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor Barat, Sarawak (Miri dan Bintulu) dan Sabah (kawasan pedalaman dan Tawau) hingga lewat pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan awal pagi ini berkata, angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan berkenaan.

“Di kawasan perkapalan, ribut petir juga dijangka berlaku di perairan Selat Melaka, Sulawesi dan Reef South hingga lewat pagi ini. “Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");