Membawang Hari Ini

Anggota ATM Lapor Polis Baju Celoreng Hazama

KUALA LUMPUR:Kontroversi berhubung baju bercorak celoreng yang dipakai Hazama masih berpanjangan apabila satu laporan polis dibuat terhadap penyanyi itu di Melaka baru-baru ini.

Memetik sumber Mstar Online, laporan yang dibuat oleh seorang anggota tentera Muhamad Aszuad Haron, 32, mendakwa penyanyi berkenaan telah melanggar peraturan pemakaian uniform pasukan keselamatan itu.

“Saya sebagai anggota tentera berasa tercabar dengan sikap yang ditunjukkan oleh artis tersebut kerana pakaian tentera bukan digunakan untuk berfesyen di khalayak ramai oleh artis atau orang awam.

“Pakaian celoreng tersebut hanya boleh dipakai oleh anggota tentera sahaja. Ia juga bertentangan dengan Seksyen 140 Kanun Keseksaan berkaitan larangan orang awam memakai pakaian tentera.

“Laporan ini dibuat untuk menjaga maruah Angkatan Tentera Malaysia amnya dan Tentera Darat khasnya serta dirujuk kepada Panglima Tentera Darat bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Laporan polis itu dibuat pada Isnin lalu di Balai Polis Tengkera, Melaka.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Tengkera ketika dihubungi mStar Online mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Terdahuly Hazama yang bertindak sebagai mentor di konsert pengenalan Mentor Milenia 2017 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada Ahad lalu menerima kritikan hebat di laman sosial kerana memakai pakaian bercorak celoreng.

Dalam pada itu Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 33, mengakui mengetahui mengenai laporan polis itu.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Di Amaran Mama ini berkata, dia belum dihubungi bagi memberi kerjasama terhadap perkara tersebut.

“Saya tahu ada laporan polis dibuat tentang hal itu, tapi setakat ini saya belum dihubungi oleh pihak polis berkaitan isu berkenaan,” ujarnya.

Jelas Hazama, dia sudah meminta maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan pemakaiannya dalam program realiti tersebut.

Dia juga mengakui kurang mengetahui tentang larangan pemakaian tersebut sehingga ianya menjadi tular di laman sosial.

“Sejujurnya saya rasa banga dan menyanjungi pihak ATM dan tidak pernah berniat buruk ketika memakai pakaian tersebut.

“Saya belajar tentang perkara ini dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa akan datang,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");