Berita Hari Ini

Arab Saudi Perkenal Bantuan Wang Umpama BR1M – Najib

KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak wajar disifatkan sebagai rasuah kerana kerajaan Arab Saudi turut menyalurkan bantuan kewangan kepada rakyatnya.

Sehubungan itu, Najib berkata, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tidak seharusnya mempolitikkan isu BR1M kerana ia memanfaatkan rakyat.

“Semalam saya berbual dengan beberapa menteri kerajaan Arab Saudi dan kerajaan itu ada buat beberapa langkah. Pertama, penduduk buka akaun bank untuk dimasukkan wang kepada keluarga yang memerlukan bantuan.

“Kalau kerajaan Arab Saudi beri bantuan dalam bentuk wang kepada rakyat yang memerlukan bantuan, mereka tak anggap itu rasuah. Kalau kita buat ada orang kata kita rasuah,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Residensi Kerinchi dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai di sini, Isnin.

Malah jelasnya lagi, kerajaan Arab Saudi akan turut memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di negara itu tak lama lagi.

“Ini maknanya kita bukan salah langkah. Kalau Kerajaan Arab Saudi yang kaya minyak pun perkenalkan GST maka mesti ada sebab munasabah GST diperkenalkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");