Berita Hari Ini

Aspek Kebajikan Anggota ATM Diberi Keutamaan

PORT DICKSON: Kementerian Pertahanan akan memberi tumpuan kepada aspek kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)salah satu lima teras yang diberi tumpuan oleh kementerian itu pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata usaha menjulang jasa dan keberanian anggota tentera perlu dilakukan dengan cara yang lebih besar dan setimpal.

Katanya, usaha sekarang seperti menubuhkan tabung, mengutip derma, mengadakan majlis membaca Yasin dan tahlil serta menabur bunga di pusara boleh diteruskan.

“Bagaimanapun, jasa dan pengorbanan anggota ATM perlu dihargai dengan cara jauh lebih bermakna dan memberi impak,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya anggota Tentera Darat perlu diberikan latihan dan kepakaran terbaik, terkini dan bertaraf dunia. Beliau berkata, hanya dengan cara itu, pasukan tentera akan dapat bertahan dan menjadi lebih berkesan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");