Jenayah

Buruh Ladang Warga India Dituduh Bunuh Rakan Serumah

SUNGAI PETANI : Seorang buruh ladang warganegara India dituduh membunuh rakan serumahnya dalam kejadian di Ladang Padang Buluh, Jalan Sidam Kiri, 9 Februari 2017.

Tertuduh, Durga Rao Ketali, 30, dituduh membunuh rakannya, warganegara Sri Lanka, Sumith Nishantha Appu Kankanamalage, 50-an selepas dipercayai berlaku pergaduhan antara mereka.

Perbuatan itu dilakukan pada tarikh berkenaan lebih kurang jam 9 malam.

Sinar Harian melaporkan, pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia, Inspektor Sharolniza Serat di hadapan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.

Tertuduh faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil dan tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah menetapkan 2 April 2017 untuk sebutan semula kes dan bagi menunggu laporan forensik.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");