Jenayah

Dua Ditangkap Dalam Ops Cegah Dadah AADK

MARAN – Dua lelaki ditangkap dalam Operasi Cegah Dadah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Maran sekitar Felda Jengka, antara jam 7 hingga 10, malam tadi.

Ketua Pegawainya, Adelina Abdul berkata, dalam operasi tersebut seramai dua lelaki yang merupakan buruh kasar, diperiksa dan kedua-duanya positif urin.

“Kedua-duanya positif dadah jenis Morphine dan ditangkap di bawah Seksyen 8 (3) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983. Mereka dibawa ke pejabat AADK daerah untuk tindakan lanjut.

“Operasi kali ini dibuat terhadap mereka yang mempunyai rekod lampau bersama AADK dan gagal melapor diri serta melanggar syarat pengawasan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, operasi dengan kekuatan lapan anggota ini bertujuan mengesan penagih dan mendisiplinkan mereka dengan arahan pemulihan.

Dalam pada itu Adelina berkata AADK Daerah Maran telah melancarkan Kempen Perangi Pil Kuda Habis Habisan 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2, Rabu lepas.

“Program Pendidikan Pencegahan Dadah tersebut melibatkan empat orang anggota AADK daerah, serta 400 peserta dalam kalangan pelajar sekolah. Pihak AADK Maran menyampaikan ceramah antidadah bertujuan menunjukkan komitmen dan ketegasan AADK dalam menangani permasalahan dadah di kalangan pelajar.

“Di samping itu peserta juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai info dadah semasa. Di mana pihak AADK percaya, pendidikan dan tindakan memerangi dadah mestilah bermula dari rumah, sekolah dan persekitaran,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");