Jenayah

Duta Korea Utara Akan Dipanggil

PETALING JAYA: Wisma Putra dijangka memangil Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol pada Isnin selepas beliau mengkritik Malaysia kerana melengahkan proses mengeluarkan dan menghantar pulang mayat Kim Jong-nam.

Difahamkan pertemuan itu akan diadakan pada pagi Isnin dan satu kenyataan akan dikeluarkan selepas itu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat lalu, Kang meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap polis dan Wisma Putra.

Kang berkata, beliau menuntut supaya mayat Jong-nam diberikan tanpa ditangguhkan lagi dan mendakwa permintaan kedutaan itu ditolak walaupun telah menghantar dokumen rasmi kepada Kementerian Luar.

“Ini jelas menunjukkan Malaysia cuba untuk menyembunyikan sesuatu yang memerlukan lebih banyak masa dan menipu kita dan mereka akan bersekongkol dengan kuasa-kuasa yang bermusuh dengan kami,” dakwa Kang dalam satu kenyataan.

Difahamkan, duta Malaysia ke Pyongyang, Mohamed Nizan Mohamad dipanggil oleh kerajaan Korea Utara pada minggu lalu berhubung isu tuntutan yang sama berkenaan mayat Jong-nam memetik sumber laporan Mstar online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");