Berita Hari Ini

Elak Buat Andaian Melulu Pegawai Tentera Terlibat Rasuah – Hishammuddin

LANGKAWI: Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang andaian melulu berhubung penahanan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel dan seorang Staf Sarjan kerana disyaki terlibat rasuah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, prosedur undang-undang sedia ada perlu dijalankan seperti biasa dalam menangani kes berkenaan dan ia tidak perlu dikaitkan dengan kes-kes lain.

“Saya harap dalam kes-kes sebegini, janganlah ada ‘trial by media’ (perbicaraan menerusi media) dan (akhirnya) mereka yang tidak berdosa menjadi mangsa,” katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan tapak Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’17) di sini, Jumaat.

Pada Khamis, pegawai tentera berumur 57 tahun itu ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Temerloh, Pahang kerana dipercayai menerima suapan daripada kontraktor-kontraktor proksi termasuk syarikat milik ayahnya.

Susulan penahanan pegawai itu, SPRM menangkap staf sarjan berumur 44 tahun di Kuantan, Pahang. Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Hishammuddin berkata Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera Malaysia tidak akan melindungi sesiapa pun yang didapati melanggar undang-undang negara.

“Pendirian saya adalah konsisten sejak dari dahulu lagi bahawa semua pemegang jawatan dan memikul amanah perlulah bertanggungjawab,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");