Laporan Eksklusif

Food Flotilla For Myanmar Masuk Perairan Thailand

MISI Kemanusian Food Flotilla For Myanmar kini sudah berada di kawasan perairan berhampiran Thailand.

Wakil Perak Today yang turut serta dalam misi ini berkata, kapal  MV Nautica Aliya yang membawa muatan makanan dan keperluan asas untuk masyarakat Rohingya dijangka berada di Perairan Teluk Andaman selewat-lewatnya malam esok.

Dalam masa yang sama, tahap keselamatan akan dipertingkatkan pada Tahap 2, bermula esok.

Petang ini, semua sukarelawan yang ikut serta menjalani latihan kecemasan kebakaran yang melibatkan semua kaki tangan kapal dan semua sukarelawan yang terlibat untuk misi ini.

Kapal tersebut dijangka sampai ke Yangoon pada Rabu utk menurunkan barang di Port of Yangoon sebelum menyambung pelayaran selama dua hari untuk sampai ke Teknaf, Chitagon. Bangladesh.

Di Teknaf Nautica Aliya akan menurunkan semua baki barang bantuan untuk di hantar ke empat kem pelarian di tiga kawasan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");