Membawang Hari Ini

Gigi Emas Kendall Jenner Jadi Perhatian

MODEL Kendall Jenner dilaporkan kini menggunakan gigi emas bagi melengkapi penampilannya pada acara London Fashion Week baru-baru ini.

Memetik sumber Mstar Online, wanita berusia 21 tahun itu tampil unik dan menarik perhatian pengujung pada acara berkenaan.

Dia menggayakan gaun berwarna krim dan kasut hitam dengan gincu bibir berwarna merah lebih menyerlahkan gigi emas yang berada di bahagian kiri giginya.

Foto model Victoria’s Secret itu turut dimuat naik oleh rakan baiknya Gigi Hadid di laman Instagram.

Rata-rata pengikut Gigi Hadid tertarik dan tertanya tentang keaslian emas pada gigi Kendall itu.

Kedua-dua mereka dikatakan berhibur ke kelab malam Cirque Le Sior selepas selesai persembahan fesyen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");