Membawang Hari Ini

Go Ara Sedia Untuk Bercinta

Go Ara mendedahkan dia kini sedia untuk bercinta dan tidak ada hubungan dengan sesiapa buat masa sekarang.

Perkara itu didedahkannya sewaktu ditemu bual sebuah majalah selepas siri lakonannya, Hwarang berakhir baru-baru ini.

Dalam temu bual itu, dia dilihat bersungguh-sungguh mahu bercinta dan mengakui amat penting buatnya memiliki kekasih pada usia sekarang.

“Sejak kecil lagi, gaya hidup saya sentiasa berbeza dengan rakan lain. Disebabkan terlalu biasa dengan gaya hidup itu, saya kurang mengalami permainan emosi seperti orang lain kerana biasa berlakon.

“Sekarang saya mahu rasa bagaimana itu bercinta. Sudah tiba masanya untuk bertemu dengan seseorang kerana rakan lain ramai yang sudah berkahwin,” katanya.

Go Ara juga sudah ada perancangannya sendiri apabila sudah menemui kekasih nanti.

“Saya mahu ke taman tema dengan teman lelaki. Kalau saya bercinta kelak, saya kena fikir dalam-dalam patut atau tidak saya beritahu orang awam,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");