Isu Panas

Husam Dicabar Namakan Individu Terima Dana RM90 Juta

PASIR MAS : Adun Salor, Datuk Husam Musa dicabar untuk menamakan individu yang telah menerima dana RM90 juta daripada UMNO seperti yang didakwanya.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, sekiranya Husam dipihak yang benar beliau perlu mengemukakan bukti berhubung tuduhan tersebut.

“Saya cabar beliau menamakan individu yang telah menerima dana tersebut dan tidak hanya membuat tomahan liar seperti ini.

“Sebagai pemegang jawatan di dalam PAS, saya menegaskan tuduhan tersebut tidak benar dan bertujuan untuk merosakkan nama baik parti ini,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung tuduhan Husam dalam Ceramah Umum Pakatan Harapan dan PPBM di Pasir Puteh pada 6 Februari lalu.

Lebih 30 pemimpin dan penyokong PAS hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");