Jenayah

Imam Masjid Terkejut Rumah Terbakar

LENGGONG : Seorang imam Masjid Kampung Bukit Sapi reda apabila apabila melihat rumah didiaminya bersama keluarga hangus, tengah malam kelmarin.

Mohd Tajuddin Alias, 54, yang baharu pulang menghantar anaknya di sebuah sekolah di Taiping hanya mampu melihat rumahnya musnah dalam kebakaran kira-kira jam 11.30 malam itu.

Menurutnya, tiada apa sempat diselamatkan kerana api marak, malah dia tiba di lokasi kejadian ketika hampir separuh rumah sudah terbakar.

Meskipun sedih dengan tragedi tersebut, Imam Masjid Kampung Bukit Sapi itu reda dengan kejadian menimpanya.

“Saya tahu rumah terbakar bila anak telefon, dia tak ikut kami ke Taiping, tapi masa itu dia pun tak ada dalam rumah.

“Dia jumpa kawan dan tahu rumah kami terbakar melalui kawan dia. Masa dia telefon, saya dan anak-anak lain dah dalam perjalanan balik.

“Bila sampai, saya lihat rumah dah hampir musnah, api sangat marak. Tak dapat nak digambarkan perasaan saya waktu itu. Sedih, terkejut semua bercampur-baur,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Kini dia dan keluarga menumpang tinggal di rumah ibu mertuanya sementara mereka mendapatkan rumah lain untuk didiami.

Dalam pada itu, Penghulu Mukim Lenggong, Noor Adzahar Mohd Yunus berkata, pihaknya akan memantau perkembangan bantuan kepada keluarga itu dari semasa ke semasa.

Katanya, setakat ini, beberapa pihak seperti Adun Kenering, Datuk Mohd Termizi Idris dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Lenggong menyampaikan bantuan kepada keluarga tersebut.

“Malah sumbangan turut diberi kepada mereka melalui Bantuan Bencana Daerah Hulu Perak serta dari penduduk kampung juga.

“Saya difahamkan mangsa kini tinggal di rumah saudara yang berada berhampiran. Kita akan terus pantau mereka selepas ini.

“Diharapkan mereka dapat bersabar dengan apa yang menimpa. Kita akan cuba bantu sebaik mungkin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");