Berita Hari Ini

Jangan kunjungi Korea Utara

KUALA LUMPUR:Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mengunjungi Korea Utara atas faktor keselamatan berikutan insiden pembunuhan abang tiri kepada pemimpin tertinggi negara itu Kim Jong-nam minggu lalu.

Memetik sumber Harian Metro, ia bagi mengelakkan berlaku perkara tidak diingini ketika berada di negara terbabit.

“Kita bukan bersangka buruk terhadap Korea Utara tetapi ini sebagai langkah berjaga-jaga.

“Korea Utara adalah sebuah negara yang sukar dijangka dan apa-apa saja boleh berlaku,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Hari Kraf Kebangsaan 2017 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, hari ini.

Bagaimanapun Mohamed Nazri berkata, industri pelancongan negara ini tidak terjejas ekoran insiden itu dan masih menerima kemasukan pelancong asing.

“Jumlah pelancong Korea Utara di negara ini tidak ramai dan kebanyakan mereka adalah pegawai kerajaan negara itu.

“Kita juga tidak menghalang jika ada pelancong negara terbabit mahu datang ke negara ini,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");