Sukan Hari Ini

Jangan Mudah Mengalah Dengan JDT

Petra Jaya: Pengurus pasukan Sarawak, Datuk Posa Majais mengingatkan pasukannya supaya tidak mudah mengalah dengan kemantapan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menjelang perlawanan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam ini.

Ujarnya, beliau mahu anak buah David Usop itu terus mengekalkan momentum kecemerlangan di samping berusaha mengutip mata penuh di laman sendiri.

Menyedari berdepan cabaran getir, beliau optimis dengan kemampuan skuad Bujang Senang untuk memberi saingan kepada juara Piala AFC 2015 itu.

“Jangan mudah mengaku kalah dan berjuang sehabis mungkin berdepan Johor DT esok (hari ini) kerana kami mampu menyaingi mereka. Itu tidak mustahil sekiranya kami mampu mengawal perlawanan dan bermain dengan baik,” katanya, Harian Metro.

Beliau mahu pemain memberikan sepenuh tumpuan sepanjang 90 minit terutama mengekalkan keampuhan di bahagian pertahanan.

Menurut Posa, skuad Harimau Selatan kendalian Benjamin Mora itu berada di prestasi terbaiknya dan mungkin mahu mengekalkan rentak itu.

Beliau berharap Sarawak dapat mengekalkan momentum kemenangan selepas kejayaan menjinakkan PKNS FC 3-2 pada aksi sebelum ini.

“Kemenangam sebelum ini harus dijadikan penyuntik semangat untuk terus mengutip mata penuh. Kami tidak mahu kehilangan mata akibat kecuaian dan disebabkan itu pemain mesti fokus sepanjang perlawanan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, David menaruh kepercayaan kepada skuad bimbingannya untuk terus mempamer aksi cemerlang terutama beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri.

“Tidak dinafikan JDT pasukan yang bagus malah dibarisi pemain bintang tapi Sarawak tidak akan mudah mengalah dengan kelebihan mereka.”

Sarawak kini menghuni tangga kesembilan dengan tujuh mata hasil dari dua kemenangan dan sekali seri selepas enam perlawanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");