Jenayah

K’jaan dapat kebenaran rayu keputusan isytihar peruntukan Akta Hasutan

PUTRAJAYA: Kerajaan mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk membuat rayuan terhadap keputusan bersejarah Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Sekyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Sekyen itu menghapuskan keperluan bagi pendakwaan untuk membuktikan niat seseorang yang didakwa menghasut.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membenarkan permohonan kerajaan itu selepas peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei tidak membantah terhadap permohonan rayuan itu.

Mahkamah menerima tiga persoalan yang dikemukakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi perbincangan dan persetujuan Mahkamah Persekutuan semasa perbicaraan peringkat rayuan itu.

Apandi mengetuai sepasukan peguam kerajaan untuk mewakili kerajaan dalam perkara ini semasa prosiding.

Antara soalan yang dibangkitkan ialah sama ada Seksyen 3(3) Akta Hasutan melanggar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah serta tidak memberi kesan dalam undang-undang.

Dalam keputusan bersejarah itu, Mahkamah Rayuan yang diwakili tiga anggota panel Hakim Datuk Lim Yee Lan, pada 25 Nov, tahun lepas membenarkan rayuan Mat Shuhaimi dan mengisytiharkan Seksyen 3(3) tidak sah kerana melangar Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan – yang memberi jaminan kepada rakyat Malaysia terhadap kebebasan bersuara dan berpendapat.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu bermakna pendakwaan harus membuktikan niat sebelum seseorang itu disabitkan kerana menghasut.
— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");