Berita Hari Ini

Korea Utara Perlu Hormati Amalan Perundangan Malaysia – TPM

BANDUNG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Korea Utara menghormati amalan perundangan negara ini dalam proses penyiasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, sejajar perjanjian diplomatik yang telah dipersetujui.

Ujar Zahid setiap negara juga mengamalkan sistem perundangan dan perbicaraan yang sama dan ia seharusnya dihormati.

“PDRM bertindak secara profesional. Mereka telah mencari segala bukti termasuk menerusi bedah siasat yang dilakukan.

“Kita juga telah meminta kerjasama daripada pihak Interpol untuk mencari rangkaian yang menyebabkan kematian itu,” katanya memetik sumber Mstar Online.

Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menegaskan Malaysia tidak mempunyai sebarang agenda ke atas mana-mana negara atau warganegara termasuk negara jiran.

Katanya, propaganda yang dihebohkan sebelum ini seolah-olah menuduh Malaysia bersekongkol dengan pihak lain dalam merancang pembunuhan berprofil tinggi itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampiakan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa mengenai Media Bagi Keharmonian Dunia di sini, pada Rabu.

Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol, pada Isnin berkata negaranya ‘tidak mempercayai’ siasatan yang dijalankan oleh Malaysia berhubung pembunuhan itu.

Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un itu dipercayai dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), minggu lepas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");