Jenayah

KPDNKK Serbu Stor Selipar Tiruan

KUALA LUMPUR : Sebuah stor simpanan barang tiruan di sebuah pusat beli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dekat sini, Rabu lalu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mohd Yusof W. Taib berkata, serbuan dibuat kira-kira jam 12 tengahari dibuat hasil risikan dan maklumat pihaknya.

“Pemeriksaan dapati stor berkenaan menyimpan selipar berjenama Fipper, Nike dan Adidas disyaki tiruan.

“Kita telah merampas sebanyak 4,488 pasang selipar yang dianggar bernilai RM28,878,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Beliau mendedahkan, stor tersebut telah beroperasi kira-kira setahun lalu.

Katanya, siasatan awal dapati barang tersebut diimport dari China sebelum dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");