Berita Hari Ini

KPDNKK Serbu Syarikat Guna Perisian Cetak Rompak

KLUANG : Bahagian penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Kluang menyerbu dua syarikat industri kejuruteraan dipercayai menggunakan perisian cetak rompak diserbu dalam dua operasi berasingan, baru-baru ini.

Ketua Cawangannya, Abdul Wahid Ahmad berkata, serbuan itu dijalankan pihaknya pada 22 dan 23 Februari lalu di kawasan perindustrian Kluang, di sini.

“Sebanyak tiga komputer berserta lapan perisian cetak rompak daripada kedua-dua syarikat itu dirampas membabitkan nilai kira-kira RM207,000,” katanya, lapor Sinar Harian.

Abdul Wahid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(d) Akta Hakcipta 1987 kerana memiliki perisian cetak rompak selain daripada kegunaan sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");