Jenayah

Lagi Kes Hina TMJ, Remaja Ditahan

JOHOR BAHRU: Padah kerana membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, seorang remaja lelaki ditahan polis di sini, petang Ahad.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata suspek, 19, ditahan di sebuah kawasan di bandar raya ini pada 3.25 petang, susulan satu laporan yang diterima pihaknya berhubung penyalahgunaan aplikasi WhatsApp bagi membuat kenyataan jelik terhadap Tunku Ismail.

“Polis telah merampas sekeping kad SIM yang dipercayai digunakan suspek bagi membuat kenyataan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Wan Ahmad Najmuddin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan mengganggu orang lain. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");