Perak Hari Ini

Lambaian Terakhir Weigang?

IPOH:Desas-desus yang menyatakan jurulatih skuad Liga Super Perak, Karl Heinz Weigang bakal meninggalkan skuad The Bos Gaurus sejak minggu lalu semakin terjawab apabila dia dikatakan telah menamatkan khidmatnya mulai pagi ini.

Difahamkan penggantinya, bekas jurulatih Selangor, Mehmet Durokovic kelihatan sudah memulakan tugas mengendalikan skuad Perak.

Menurut sumber, Durokovic pula dilihat sudah mula mengendalikan latihan pasukan di padang PERNAMA sebentar tadi.

Jurulatih yang berjaya membawa kejayaan buat Selangor dalam Piala Malaysia pada 2015 itu dikatakan enggan memberikan sebarang ulasan.

Isu pertukaran mengejut jurulatih skuad The Bos Gaurus itu nyata mengejutkan banyak pihak terutama peminat berikutan sehingga petang semalam, Weigang masih kelihatan sedang mengendalikan sesi latihan.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang pengumuman rasmi dari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengenai perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");