Jenayah

Lapan kayak musnah terbakar

PORT DICKSON – Sebanyak lapan buah kayak yang disimpan di tepi pantai Blue Lagoon Batu 10 Telok Kemang musnah satu kebakaran pagi tadi.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Pegawai Bomba Saiful Sugiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35pagi dan tiba dilokasi pada jam 8.46pagi.

Menurutnya, ketika tiba dilokasi, api sedang marak memusnahkan kayak.

“Operasi pemadaman mengambil masa selama 21 minit dan bomba berjaya menyelamatkan 12 buah lagi kayak yang turut disimpan ditempat yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Zainudin Ahmad berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian namun berdasarkan siasatan awal ia tidak terkait dengan sebarang unsur khianat.

“Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");