Perak Hari Ini

MAPS Dibuka Penghujung Suku Kedua 2017-PKNP

IPOH:Movie Animation Park Studios (MAPS), taman tema berkonsepkan animasi pertama seumpamanya di Asia yang terletak di Ipoh, dijangka akan siap sepenuhnya pada penghujung suku kedua tahun ini.

Menurut Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Aminuddin Md Desa menerusi satu kenyataan media hari ini, MAPS kini pada peringkat terakhir sebelum siap beroperasi.

“Ia dalam proses percubaan termasuklah percubaan keselamatan agar mencapai tahap piawaian antarabangsa,” katanya.

Malah jelasnya, bagi mereka yang mempunyai pas tahunan pula, tiket tersebut sah selama setahun bermula dari tarikh taman tema animasi tersebut dibuka.

Aminuddin turut menyatakan keyakinan beliau bahawa projek MAPS akan berjaya dan mencapai sasaran objektifnya menjadi salah satu produk pelancongan terkemuka di negeri ini.

Movie Animation Theme Park Studios secara keseluruhannya bakal menawarkan hingga 40 daya tarikan kepada pengunjung, termasuk 23 permainan yang berkonsepkan animasi seperti Smurf, Boboboi dan Dreamwork.

Terdahulu Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta agar pihak PKNP mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan status pembinaan taman tema tersebut berikutan ia telah tertunda dari tarikh siap seperti yang dirancang sebelum ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");