Perak Hari Ini

MAPS Sedang Rancak Dibina

IPOH:Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa projek pembinaan Taman Tema Filem Animasi (MAPS) di Meru Raya, Ipoh sedang rancak dibina sekaligus menafikan andaian ia merupakan projek yang terbengkalai.

“Tarikh dijangka siap sebelum ini telah ditunda malah ia juga dikatakan akan siap tahun lalu namun sebaliknya terjadi bagaimanapun untuk merancang pembinaan taman tema di mana-mana lokasi sekalipun tidak ada taman tema yang akan siap pada waktunya yang ditetapkan,” katanya ketika mengulas mengenai status pembinaan projek itu yang kini mula menjadi tanda tanya di kalangan rakyat ekoran kelewatan pembukaan taman tema tersebut.

Tambahnya lagi,kelewatan tarikh siap projek itu adalah berikutan penelitian yang perlu dibuat bukan hanya melibatkan pemasangan alatan tetapi seni ukiran yang mengambil masa juga aspek teknikal yang perlu diperkemaskan.

“Saya dimaklumkan tiada masalah pastinya kadar ketepatan berbeza dan daripada sudut keselamatan juga perlu diutamakan,” katanya.

Berikutan beliau meminta agar orang awam agar bersabar dan tidak mudah membuat sebarang dakwaan dan spekulasi berkaitan status pembinaan taman tema itu.

Jelasnya lagi, setakat ini MAPS dijangka akan siap pada pertengahan tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");