Berita Hari Ini

Najib pengerusi mesyuarat MB, KM di Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-128 di bangunan Perdana Putra di sini.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Mesyuarat yang bermula 10 pagi dan dijadual berlangsung kira-kira dua jam itu bertujuan menyelaras semua perkara di bawah bidang kuasa negeri dan persekutuan bagi memastikan rakyat sentiasa diberi keutamaan serta isu-isu berbangkit.

Mesyuarat kali ini menyaksikan kehadiran muka baharu Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang dilantik pada 13 Jan lalu menggantikan Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada 11 Januari.

Najib, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet memberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja Abang Johari memasuki bilik mesyuarat perdana.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");