Laporan Eksklusif

Nautical Aliya Berlepas Ke Bangladesh

KAPAL Nautical Aliya meneruskan pelayaran misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar ke Chittagong, Bangladesh hari ini selepas tamat fasa pertamanya.

Ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kapal telah meninggalkan pelabuhan Yangon, pada 1.45 tengah hari (waktu Malaysia) selepas kerja pemunggahan barang bantuan selesai.

Menurutnya pelayaran ke Chittagong akan mengambil masa tiga hari dan dijangka tiba pada 13 Februari tetapi ianya bergantung kepada keadaan laut.

“Harap seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan kami untuk agihkan baki bekalan yang dibawa kepada masyarakat Rohingya (di Bangladesh).

“Kami juga harap kerajaan Bangladesh memberi kerjasama bagi memastikan misi ini tercapai,” katanya.

Mengulas mengenai protes sekumpulan warga Myanmar, beliau menganggap tindakan itu isu terpencil, sebaliknya memuji usaha kerajaan Myanmar yang membantu menjayakan misi ini.

“Kita lihat sendiri Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Dr Win Myat Aye tunggu lebih dua jam untuk sambut ketibaan kami.

“Tunjuk perasaan itu hanya ‘isolated case’ dan orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua proses berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Abdul Azeez berkata, kerajaan Myanmar akan membantu memastikan 500 tan metrik bekalan yang dihantar diserahkan kepada masyarakat Rohingya di Rakhine.

“Mereka (kerajaan Myanmar) juga boleh agihkan bantuan ini kepada orang bukan Islam yang daif,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");