Laporan Eksklusif

Nautical Aliya Selamat Sampai Ke Perairan Yangon

KAPAL MV Nautical Aliya yang membawa pelbagai barangan bantuan untuk masyarakat Rohingya selamat tiba di perairan Yangon malam tadi.

Tiba pada jam 11.15 malam (waktu Malaysia), kapten kapal telah mengambil keputusan untuk berlabuh sehingga paras air yang sesuai untuk masuk ke kawasan pelabuhan Yangon.

Wakil Perak Today memaklumkan, keadaan air pasang dijangka berlaku sekitar jam 10 pagi ini dan ianya akan membolehkan kapal meneruskan pelayaran masuk ke pelabuhan.

“Malim pelabuhan akan menaiki kapal Nautical Aliya untuk memantau dan menunjuk arah pengemudi kapal untuk sampai ke Pelabuhan Yangon,”katanya.

Dijadualkan Majlis Penerimaan Barangan Misi Bantuan Food Flotilla For Myanmar akan diadakan antara ketua Misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama Menteri Myanmar yang akan mewakili Kerajaan Negara Myanmar.

Barangan yang akan diturunkan di Yangon adalah 300 tan beras, kitt kesihatan dan pelbagai barangan lain.

Turut difahamkan, hanya 30 aktivis dan sukarelawan, termasuk 15 wakil media dibenar turun ke daratan sebelum Nautical Aliya belayar ke Chittagong, Bangladesh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");