Laporan Eksklusif

Nautical Aliya Tiba Di Pelabuhan Klang Khamis Ini

KAPAL yang membawa misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar, MV Nautical Aliya pulang semula ke Malaysia dan dijangka tiba di Pelabuhan Klang pada awal pagi Khamis.

Ketua misi merangkap Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kapal kemanusiaan diterajui NGO Malaysia, iaitu KP1M dan MAPIM, disokong lebih 30 NGO ASEAN & antarabangsa itu memasuki Selat Melaka hari ini.

“Pelayaran ini melengkapkan misi Food Flotilla For Myanmar yang berjaya menghantar 2,300 tan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh sejak 3 Februari lalu. 

“Semua krew dan penumpang Nautical Aliya kesemuanya dalam keadaan sihat dan selamat,”katanya menerusi satu kenyataan.

Majlis sambutan kepulangan kesemua 184 aktivis Nautical Aliya akan diadakan di Boustead Cruise Terminal Pelabuhan Klang jam 10.00 pagi padaKhamis.

Majlis itu dijangka akan disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");