Panasnya Hari Ini

Pantau Kelakuan Anak, Jangan Biarkan Mereka Merayau Sehingga Lewat Malam: Ds Rosmah

Ibu bapa dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak masing-masing bagi mengelak dari terjadinya kemalangan maut melibatkan remaja terutamanya pada waktu malam.

Datin Seri Rosmah Mansor berkata, ibu bapa perlu mengawal kelakuan anak-anak lebih ketat selain melarang mereka untuk keluar sehingga lewat malam.

Jelas beliau, risiko berlakunya kemalangan sudah tentu ada pada bila-bila masa namun untuk membenarkan anak-anak keluar rumah sehingga lewat malam adalah sesuatu yang kurang wajar.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemalangan maut membabitkan remaja berbasikal di Johor, Sabtu lalu.

“Saya amat sedih dengan kejadian tersebut, saya harap ibu bapa dapat beri perhatian sepenuhnya kepada anak-anak mereka. Kalau mereka keluar, apa mereka buat dan pukul berapa seharusnya balik.

“Ibu bapa harus tegas bak kata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar biar dia menangis, jangan kita menangis. Saya setuju dengan apa yang dikatakan Sultan Johor, kita tidak boleh biarkan anak kita merayau-rayau tengah malam sampai 3 pagi,” katanya.

Rosmah menambah, ibu bapa tidak seharusnya lalai dalam memantau pergerakan anak, walaupun mereka sudah berumur 16 tahun ia tidak bermaksud kebebasan boleh diberikan sepenuhnya.

“Ibu bapa tidak mencari anak-anak mereka walaupun umur sudah mencecah 16 tahun, umur masih muda, tapi mereka tidak kisah anak itu balik atau tidak. Saya rasa dukacita dengan kelalaian ibu bapa dan perkara seperti ini terjadi.”

Lapan remaja berbasikal maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, manakala 8 lagi cedera dalam nahas jam 3 pagi Sabtu lalu.

Terdahulu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan sekitarnya sebelum dirempuh kereta dipandu seorang wanita berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi yang dipercayai tidak sempat mengelak kumpulan remaja itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");