Isu Panas

Pas Lantik 3,264 Duta Salur Maklumat

PASIR PUTEH : Bagi membantu menyalurkan maklumat benar mengenai Pas kepada pengundi luar seramai 3,264 anak Kelantan di perantauan dilantik sebagai duta kepada parti itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, duta yang mewakili kesemua Unit Peti Undi di Kelantan itu akan memainkan peranan sebaik mungkin.

Katanya, usaha mewujudkan duta ini merupakan idea yang sangat baik kerana sebelum ini, banyak maklumat mengenai Kelantan tidak sampai kepada pengundi luar.

“Kita mahu pengundi luar mengetahui dengan jelas apa yang berlaku di Kelantan, banyak isu remeh menjadi masalah besar sebelum ini kerana pengundi luar tidak mendapat gambaran sebenar.

“Kebanyakan isu tular bersifat persepsi, tidak adil jika orang menilai Pas sama seperti menilai parti lain, nak nilai Pas mesti kena nilai dari perspektif Islam kerana kita parti yang memperjuangkan Islam,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Tambah beliau, sayap parti, Pemuda dan Muslimah Pas bakal mempunyai duta masing-masing dalam waktu terdekat sebagai memantapkan lagi hubungan pimpinan dengan pengundi luar.

Majlis perlantikan duta anak Kelantan di Kuala Lumpur turut dihadiri Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas Negeri Kelantan, Zulkifli Mamat dan Penyelaras Hal Ehwal Pengundi Luar dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Mesra Pas, Wan Hassan Wan Ibrahim.

Mohd Amar berkata, Pas dijangka menang dengan lebih bergaya dalam PRU14 akan datang serta tidak mempunyai masalah untuk mempertahankan Kelantan memandangkan parti itu dalam keadaan benar-benar ‘sihat’ sekarang berbanding parti lain.

Menurutnya, ketika parti lain berdepan pelbagai masalah, Pas mula berasa selesa dan benar-benar bersedia untuk menghadapi PRU.

“Kalau nak banding dengan parti lain, kita lebih ‘sihat’, bersedia untuk berlumba lari, soal sampai ke tidak ke garisan penamat itu soal lain, yang pentingnya kita bersedia.

“Kita bukan sahaja yakin dapat mempertahankan Kelantan malah akan menang lebih bergaya, tak kisah berapa penjuru pun dan jangan terkejut jika Pas berjaya menawan Putrajaya selepas PRU14 nanti, semua itu tidak mustahil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");