Laporan Eksklusif

Pembedahan Di Atas Kapal Misi Kemanusian Ke Myanmar

SATU pembedahan kecil dilakukan di atas kapal Misi Kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar yang dalam perjalanan ke Rakhine.

Sukarelawan, Mohd Hamdi Kerunik mengalami masalah sakit perut di percayai akibat ulser usus yang kritikal sehingga pakar perubatan terpaksa melakukan pembedahan di atas kapal tersebut.

Menyedari perkara tersebut, pihak perubatan mengambil tindakan kecemasan dengan memeriksa pesakit di bilik dan terpaksa membawa pesakit ke dewan bedah setelah perbincangan dan dipersetujui bersama oleh doktor-
doktor pakar yang turut menyertai misi kemanusiaan tersebut.

Pakar Bedah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mengetuai prosiding pembedahan tersebut dan dibantu Pakar Bius Fakulti Perubatan UITM Dr Mohd Fahmi pakar bedah fakulti perubatan UITM, Dr Theeva serta pakar perubatan dari UNISZA, Dr Ahmad.

Pesakit dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah tiga jam pembedahan dilakukan.

Itulah situasi sebenar latihan kecemasan yang dilakukan oleh pihak perubatan yang menyertai Misi Bantuan ini sebagai persediaan dalam situasi sebenar.

Latihan ini langsung tidak disedari oleh pihak media hinggalah akhirnya diberitahu oleh Prof Dr Raja Amin bahawa kejadian ini hanyalah latihan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");