Panasnya Hari Ini

Pemuda UMNO Jangan Berdiam Diri: Ambil Tindakan Segera

KUALA LUMPUR : Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abd Rahman mempersoalkan tentang pendirian Pemuda UMNO berkenaan skandal rasuah Exco Kerajaan negeri Johor.

Menurut beliau, Pemuda UMNO perlu memberi penjelasan berkaitan isu berkenaan dan bukannya mengambil langkah berdiam diri, membutakan mata melihat rasuah berleluasa di depan mata.

“Mungkin sebelum ini mereka lantang memperjuangkan hak-hak Melayu, akan tetapi kini tidak lagi. Malah, kita lihat mereka terus-terusan membisu dan membiarkan nasib orang Melayu ditindas.

“Mereka yang sepatutnya melindungi hak-hak Bumiputera kini mereka sendiri yang mencabuli hak-hak Bumiputera. Dimanakah laungan hidup Melayu?”soalnya.

Terdahulu, anak Exco kerajaan negeri Johor antara yang ditahan bersama lima individu lain telah ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas salah guna kuasa.

SPRM telah membekukan 45 akaun bank bernilai RM15.5 juta, merampas 21 kereta mewah, lima motorsikal berkuasa tinggi dan wang tunai setengah juta ringgit.

Syed Saddiq berkata, disaat anak-anak muda Bumiputera bergelut dengan hutang untuk membeli rumah pertama, tetapi ada pihak dengan sewenang-wenangnya mengambil kesempatan.

Katanyalagi, tindakan anak Exco terbabit yang menyeleweng dengan menukarkan status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera disifatkan sesuatu yang teruk.

“Ini menyukarkan lagi anak-anak muda Bumiputera untuk mendapatkan rumah pada harga mampu milik kerana harga-harga rumah ini akan melonak naik, berada di luar kemampuan mereka.

“Duit-duit denda yang dikenakan pada pemaju sepatutnya digunakan untuk tujuan kemudahan di kawasan perumahan, tetapi, malangnya ia telahpun diseleweng dan ini bermakna sebahagiannya lagi masuk ke dalam poket mereka sendiri.

“Mereka juga didakwa bersekongkol dengan penjawat awam Pejabat Tanah Johor dan jabatan-jabatan kerajaan yang lain dalam menurunkan premium tanah yang telah diluluskan untuk projek perumahan dan perindustrian. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri kerugian berjuta-juta ringgit,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");