Panasnya Hari Ini

Peringatan Rafizi Kepada Annuar Musa

KUALA LUMPUR : Tan Sri Annuar Musa diingatkan supaya tidak melupakan tugas serta tanggungjawab beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga Pengerusi MARA sekiranya berjaya merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menegaskan demikian walaupun Annuar digantung perkhidmatan sebagai Pengerusi MARA, beliau masih lagi Pro-Canselor II Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Saya mengikuti dengan dekat perkembangan MARA dan krisis kepimpinannya yang melibatkan Annuar sehinggalah kepada perkembangan terkini berhubung pencalonan beliau untuk bertanding kerusi Presiden FAM.

“Sementara saya tidak mahu campur di dalam urusan bola sepak di negara ini, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen untuk mengingatkan Annuar bahawa beliau sebagai calon Presiden FAM tidak boleh mengatasi tugas bergaji beliau sebagai Ahli Parlimen dan Pengerusi MARA,”katanya menerusi satu kenyataan.

Rafizi berkata lagi, sepanjang Annuar menjadi Pengerusi MARA, kedudukan MARA sebagai institusi pembiayaan dilihat semakin merosot berdasarkan masalah pembiayaan yang semakin menjadi-jadi terutamanya di institusi pendidikan MARA (IPMa) seperti UniKL, German Malaysia Institute (GMI) dan lain-lain.

Naib Presiden PKR itu turut mendakwa, beliau turut dimaklumkan bahawa UniKL telah menaikkan sewa bulan bagi beberapa kampusnya iaitu UniKL MIIT (Kuala Lumpur), UniKL MICET (Alor Gajah) dan UniKL MITEC (Masai) menjadi RM150 sebulan.

“Perkara ini berlaku dalam keadaan UniKL menaja pasukan bolasepak di bawah kelolaan Annuar, seolah-olah pelajar terpaksa membayar lebih dan sebahagian wang yang dikutip dibelanjakan bagi tujuan politik pemimpin tertentu.

“Saya menunggu maklumbalas dari Annuar, MARA dan UniKL dengan desakan supaya kenaikan yuran ini dihentikan serta merta,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");