Laporan Eksklusif

PERMAS Diberi Amanah Awasi Keselamatan Sukarelawan

PERTUBUHAN Permuafakatan Majlis Ayahanda SeMalaysia (PERMAS) diamanahkan untuk mengawasi dan menguatkuasakan setiap arahan yang dikeluarkan bagi memastikan keselamatan mereka yang menyertai pelayaran Nautical Aliya dalam Misi Kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar.

Setiausaha Agong PERMAS, Yahya Long Ali berkata, perkara berkaitan keselamatan amat penting dan perlu dititikberatkan kepada semua peserta kerana untuk memastikan kelancaran misi tanpa sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.

“Selain menjaga keselamatan, PERMAS juga membawa 1,000 naskah Al-Quran untuk disumbangkan kepada pelarian Rohingya di kem-kem pelarian yang akan diziarahi peserta selain barang makanan dan kit perubatan yang disumbangkang,”katanya ketika ditemui wakil Perak Today yang menyertai misi tersebut.

Terdahulu, sebanyak 11 orang ahli PERMAS menyertai misi kemanusiaan ini.

Selain PERMAS, yang turut serta dalam misi ini ialah Perwaris Malaysia, Gagah Malaysia, Pewangsa Malaysia, Perwira Malaysia (PWP), Ninja Society Malaysia, PPSSGTM, Majlis Salam Sahabat Se Malaysia, Pesaka Malaysia, Majlis Perundingan Melayu dan Persatuan Silat Cekak Malaysia.

Penyertaan PERMAS ini dilihat dari dua sudut bahawa pihak penganjur amat menitikberatkan faktor keselamatan sukarelawan dan sekretariat.

Selain itu, amat jelas sekali bahawa PERMAS telah melangkah ke satu tahap iaitu bukan hanya satu pertubuhan yang bersifat kerjasama antara ahli, malah turut menyumbang bantuan dan membantu sesama Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");