Jenayah

Polis rampas 42.41 gram dadah, 2 ditahan

SEREMBAN – Polis menahan seorang penoreh getah dan seorang penganggur serta merampas dadah syabu dan heroin seberat 42.41 gram daripada mereka dalam serbuan di sebuah rumah di Felda Jelai 2, Gemas, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata semasa ditahan dalam serbuan pada 12.30 malam itu, seorang daripada suspek memegang satu beg kecil

mengandungi dua paket plastik disyaki heroin seberat 20.14 gram dan dua paket plastik disyaki syabu seberat 4.00 gram.

“Manakala seorang lagi suspek memiliki dadah heroin seberat 15.60 gram dalam lima paket plastik dan syabu seberat 2.67 gram dalam enam paket plastik di dalam bag galas silang yang dipakainya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek, masing-masing duda anak satu, positif dadah jenis opiat.

“Suspek berusia 33 tahun merupakan penoreh getah manakala suspek berusia 36 tahun merupakan penganggur,” katanya.

Katanya ketika serbuan dilakukan, mereka cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan anggota polis sebelum berjaya ditahan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");