Jenayah

Polis tumpaskan dua sindiket dadah

KOTA BHARU – Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda (Methamphetamine) dan Eramin 5 di sekitar Dabong, Kuala Krai dan Rantau Panjang, Pasir Mas semalam dan hari ini.

Hasil serbuan di dua kawasan terbabit, polis menahan dua lelaki berumur 25 dan 57 tahun serta merampas 1,781 biji pil kuda serta 1,200 biji Eramin 5 yang dianggarkan bernilai RM40,000.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata dalam serbuan pertama, polis menahan seorang lelaki berumur 57 tahun dan merampas 581 biji pil kuda yang disembunyikan di bahagian enjin kereta yang dinaiki suspek di tepi Jalan Jelawang-Kuala Balah, Dabong, pada pukul 4.45 petang semalam.

“Suspek dipercayai dari sindiket “Pok Heng” berasal dari negara jiran (Thailand) adalah seorang buruh dan dipercayai bekerja sambil membekalkan dadah kepada penagih di sekitar kawasan Dabong,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata dalam serbuan kedua, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 25 tahun dan menemui 1,200 pil Eramin 5 dan 1,200 biji pil kuda dalam sebuah rumah di Kampung Parit Air, Rantau Panjang pada pukul 1 pagi tadi.

Katanya suspek berkenaan dipercayai daripada sindiket “Pok Nan” dan bergiat aktif mengedar dadah sejak lima bulan lalu di sekitar Rantau Panjang.

Beliau berkata ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek itu didapati negatif dadah dan kini mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");