Sukan Hari Ini

Ranieri Akan Diingat 2,000 Tahun Lagi

Walaupun menampilkan prestasi luar biasa di Leicester City, pemecatan Claudio Ranieri ternyata mendapat perhatian bekas Pengurus Manchester City, Roberto Mancini.

Ranieri yang baharu dipecat dari Leicester setelah prestasi buruk pasukan tersebut musim ini. Tahun 2017, Leicester belum pernah menang di Liga Perdana Inggeris dan kini sekadar menduduki tangga ke-17.

“Bola sepak memang seperti ini, jika anda juara, maka anda yang terbaik, jika anda gagal maka anda akan membayarnya.

“Dia (Ranieri) sudah melakukan sesuatu yang hebat dan semua orang masih akan mengingat Ranieri untuk 2,000 tahun ke depan dan itulah yang terpenting,” kata Mancini, lapor Sinar Harian.

Tambahnya, kami adalah pelatih dan kami tahu itu kerana ketika memilih pekerjaan ini, akan ada berlaku kesulitan.

“Sayangnya saat kalah dan dalam keadaan yang sulit, pelatih selalu yang bertanggungjawab. Itulah hukum bola sepak,” katanya.

Pemecatan Ranieri itu dikritik banyak pihak kerana dianggap berlebihan biarpun telah membawa kejuaraan kepada Leicester City Mei lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");