Membawang Hari Ini

Ruang Buat Orang Lama

Pelakon dan pengarah, Fauzi Nawawi kini mampu tersenyum lega apabila filem arahannya, Pak Pong bakal menemui penonton menjelang 23 Februari ini selepas hampir lima tahun disiapkan.

Memetik sumber Harian Metro ujar Fauzi, penghasilan filem bergenre komedi boleh menjadi terapi untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan masyarakat hari ini.

“Kehidupan kita hari ini sarat dengan pelbagai tekanan. Dengan adanya karya berbentuk komedi, sedikit sebanyak ia mampu menjadi terapi bagi mengurangkan tekanan.

“Saya tidak mengharap­kan apa-apa yang terlalu tinggi tetapi rasanya setiap penonton akan pecah perut dengan komedi bersahaja yang ditampilkan dalam filem itu,” katanya.

Membariskan 24 pelakon, Fauzi memaklumkan tugasnya sebagai pengarah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

“Ada dalam kalangan mereka pelakon yang lebih senior daripada saya. Namun begitu, apabila saya berada di kerusi pengarah, saya tidak malu untuk menegur mereka. Saya jelaskan lakonan yang saya mahu dan mereka memberikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran berlangsung,” katanya.

Bercerita mengenai pemilihan para pelakon yang rata-ratanya adalah pelakon drama, ujar Fauzi dia mahu memberi ruang kepada orang lama untuk beraksi dalam filem.

“Kalau dilihatkan, walaupun mereka hanya pegang watak kecil tetapi ia memberi impak kepada jalan cerita Pak Pong. Kebanyakan mereka juga adalah pelakon yang sering kita lihat beraksi dalam drama. Jadi, secara tak langsung saya berharap penonton dapat memberi peluang dan ruang kepada mereka yang sudah lama berlakon,” katanya lagi.

jelasnya Fauzi bakat mereka menjadi keutamaan berbanding populariti setiap pelakon itu.

“Ramai pelakon baru muncul dan diambil berlakon hanya berdasarkan jumlah pengikut dan populariti semata-mata. Jadi untuk Pak Pong, saya mahu kita fokus kepada kualiti lakonan mereka dan bukannya populariti,” kata Fauzi.

Selain itu, Fauzi memaklumkan dia sudah menyiapkan sinopsis untuk sekuel filem Pak Pong.

“Judulnya adalah Pak Pong: Kebangkitan Tentera Merah. Ia adalah sambu­ngan kepada filem Pak Pong dan masih menampilkan watak Muda lakonan Hairul Azreen selepas berkahwin dengan anak Pak Imam lakonan Izreen Azminda.

“Penggambaran dijangka akan dimulakan selepas Aidilfitri ini dan masih mengekalkan pelakon yang boleh memberikan komitmen,” katanya.

Selain Fauzi, Hairul dan Izreen, Pak Pong turut menampilkan beberapa pelakon lain antaranya Siti Saleha, Datuk Eizlan Yusof, Kazar dan Marsha Milan Londoh.

Terbaru, Fauzi kini sedang menyiapkan filem terbarunya, Badang dan bertindak sebagai pengarah dan pelakon.

“Sekarang, saya sedang sibuk di lokasi filem Badang arahan Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen selepas filem Chowrasta. Ini adalah kerjasama kali kedua dengan Datuk Dr A Razak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");