RAUB – Sebuah sebuah rumah yang sedang diubah suai musnah dalam satu kebakaran di Jalan C149 Sungai Klau, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Khairul Anuar Yaakob berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.41 pagi dan seramai 10 anggota dan tiga jentera diperlukan yang diketuai oleh dirinya dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 40 minit kemudian.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya telah mendapati api marak dan kebakaran tersebut telah memusnahkan keseluruhan rumah tersebut.
“Semasa pihak kami tiba, kita telah menerima bantuan seramai enam anggota daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Klau dan rumah separuh kekal itu musnah sepenuhnya dijilat api dan tiada apa yang dapat diselamatkan.
“Namun pihak kami bersyukur kerana rumah tersebut tidak didiami dan menurut pemilik, rumah tersebut ditinggalkan kerana tengah diubai suai,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.
Khairul Anuar berkata, sebagai tindakan awal anggota PBS dan pihaknya telah menggunakan pancutan air dua aliran hos yang telah disambungkan dari pam jentera bomba sebagai tindakan awal dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran jam 12.31 tengahari.
Menurutnya, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengawal kebakaran dan memandamkan keseluruhan api pada jam 1.18 petang.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,”katanya.