Sukan Hari Ini

Skuasy: Teruskan kecemerlangan

KEJAYAAN skuad remaja kebangsaan menyapu bersih kesemua empat gelaran di Kejohanan Skuasy Piala Asia Tenggara Ketiga di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya, Kuching baru-baru ini seolah memberi bayangan sasaran tujuh emas di Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur Ogos nanti boleh dicapai.

Malaysia kekal unggul sebagai kuasa besar skuash Asia Tenggara apabila Mohd Syafiq Kamal-Ng Eain Yow (beregu lelaki), Syafiq-Aifa Azman (beregu campuran) dan Rachel Arnold-Chan Yiwen (beregu wanita) tidak berdepan masalah untuk menewaskan lawan masing-masing di perlawanan akhir.

Bagai terus dahagakan kemenangan, skuad remaja negara melengkapkan hari gemilangnya apabila turut muncul juara berpasukan campuran apabila menewaskan Singapura 4-2 di perlawanan akhir, Sabtu lalu memetik laporan Sinar Harian.

Perbaiki kelemahan

Sementara itu Jurulatih kebangsaan, Ong Beng Hee percaya pengalaman berharga yang diperoleh pemain remaja negara di kejohanan itu dapat diterjemahkan di Sukan Sea.

Ujarnya, walaupun memenangi kesemua gelaran dipertandingkan, barisan kejurulatihan akan tetap membuat penilaian terhadap prestasi pemain untuk memperbaiki beberapa kelemahan dari kejohanan ini.

“Saya melihat ada sedikit kelonggaran dalam aksi berpasukan campuran di kejohanan itu.

“Jadi, kami perlu buat penilaian prestasi pemain dan meneliti segala kelemahan.

“Walau bagaimanapun, saya percaya, sekembalinya Sivasangari dan Andrea Lee dalam pasukan, kita tidak akan berdepan masalah besar,” katanya.

Waspada tiga negara

Malah, Beng Hee turut menyedari kebangkitan beberapa negara Asia Tenggara dalam kejohanan itu.

“Selain Singapura yang kini semakin mendekati kita, Filipina dan Indonesia juga sedang mengalami peningkatan mendadak tahun ini.

“Walaupun pencapaian dan ranking pemain kita jauh mengatasi negara-negara ini, tetapi ini bukan isyarat untuk kita ambil mudah terhadap mereka,” tambahnya lagi.

Justeru itu, beliau mengharapkan pemainnya sentiasa waspada dan terus fokus kepada latihan dan kejohanan PSA yang bakal dihadapi agar momentum yang sama dapat dikekalkan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");